TUKAR SIM KAD ANDA SEKARANG!!!

TUKAR SIM KAD ANDA SEKARANG!!!
SILA WHATSAPP/SMS : 0179519132

https://my.toluna.com/

https://my.toluna.com/
TINJAUAN YANG DIBUAT HANYA UNTUK ANDA

Friday 27 March 2015

Nahas Germanwings: Syarikat penerbangan bergegas laksana dasar kokpit baru

PARIS: Syarikat-syarikat penerbangan dan penggubal dasar telah bergegas untuk memandatkan keperluan dua orang anak kapal di dalam kokpit pada setiap masa berikutan tragedi nahas Germanwings di mana seorang juruterbangnya didakwa telah menghempas kapal terbang itu apabila bersendirian di dalam ruang kawalan tersebut.

Syarikat penerbangan tambang murah British, easyJet, merupakan syarikat terbesar untuk mengumumkan perubahan dasarnya pada Khamis selepas pendakwa raya Perancis berkata pembantu juruterbang itu, Andreas Lubitz, 28, telah menguncikan dirinya di dalam kokpit sebelum menghempaskan pesawat A320 Airbus di kawasan pergunungan Alps Selasa lalu.


Pengumuman yang sama turut dibuat oleh kerajaan Kanada, Icelandair dan Norwegian Air Shuttle berikutan nahas yang telah membunuh kesemua 150 orang di dalam kapal terbang itu.

Pertubuhan Penerbangan Jerman, BDL, berkata mereka juga mahu memperkenalkan peraturan dua orang di dalam kokpit di kalangan ahlinya, manakala Lufthansa berkata langkah itu akan dibincangkan dalam satu mesyuarat industri pada Jumaat.

Individu kedua boleh terdiri daripada seorang pramugara atau pramugari jika juruterbang atau pembantu juruterbang perlu keluar dari kokpit sewaktu penerbangan.

Thomas Hesthammer, ketua operasi penerbangan Norwegian Air Shuttle, iaitu syarikat penerbangan tambang murah ketiga terbesar di Eropah, berkata tragedi Alps merupakan pencetus kepada perubahan prosedur syarikat tersebut.

"Kami telah membincangkan ini untuk satu jangka masa yang panjang tetapi episod ini telah mempercepatkan keadaan," katanya.

Icelandair juga berkata tindakannya didorong berikutan pendedahan mengejutkan minit-minit terakhir pesawat Germanwings 4U 9525 dari Barcelona ke Dusseldorf.

Kanada, dalam satu direktif kecemasan oleh kerajaan tersebut, turut mengarahkan semua syarikat penerbangannya untuk memastikan sentiasa terdapat dua orang di dalam kokpit.

Arahan itu dikatakan wajib dipatuhi dan dikuatkuasakan serta-merta.

"Jika anda membawa penumpang, perkara ini perlu dipatuhi," kata Menteri Pengangkutan Kanada, Lisa Raitt.

"Anda perlu mempunyai dua anak kapal di dek penerbangan pada setiap masa".

Syarikat penerbangan tersohor Kanada, Air Canada, WestJet serta syarikat penerbangan sewa khas Air Transat sebelum ini telah memaklumkan, mereka akan mempraktikkan dasar tersebut berikutan tragedi yang melanda Germanwings.

Di Eropah, mana-mana syarikat penerbangan yang turut serta akan berbuat demikian secara sukarela disebabkan peraturan keselamatan udara Eropah, berbanding Amerika Syarikat dan Kanada yang 'senyap' tentang perkara ini.

"Peraturan Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah tidak memerlukan juruterbang digantikan oleh seorang anak kapal apabila ia meninggalkan kokpit," kata seorang jurucakap agensi.

Bagaimanapun, juruterbang-juruterbang itu perlu kekal di ruang kawalan tersebut, melainkan untuk ke bilik air atau berehat ketika penerbangan jarak jauh.

"Tiada apa-apa yang menghalang sesebuah syarikat daripada memperkenalkan prosedur-prosedur tersendiri yang lebih sukar daripada peraturan-peraturan sedia ada," kata Frode Lenning, seorang pegawai di pihak berkuasa penerbangan awam Norway. (Astro Awani)



No comments:

Post a Comment