TUKAR SIM KAD ANDA SEKARANG!!!

TUKAR SIM KAD ANDA SEKARANG!!!
SILA WHATSAPP/SMS : 0179519132

https://my.toluna.com/

https://my.toluna.com/
TINJAUAN YANG DIBUAT HANYA UNTUK ANDA

Thursday 21 May 2015

Inti pati utama RMK11

KUALA LUMPUR: Berikut inti pati Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) 2016-2020 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat hari ini. 

1. Tema RMK11: Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat 
* Rakyat merupakan tonggak negara 
* Menyiapsiagakan rakyat untuk masa hadapan
* Semua lapisan rakyat menikmati kemajuan negara

2. RMK11 akan mengukuhkan daya tahan ekonomi makro untuk meningkatkan pertumbuhan
 * Meningkatkan penggunaan dan pelaburan swasta
 * Menjana pertumbuhan baharu melalui peningkatan produktiviti dan pengetahuan 
 * Mengurus kewangan awam secara berhemat 

3. RMK11 mempunyai enam teras strategi 
* Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama 
* Meningkatkan kesejahteraan rakyat 
* Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju 
* Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya saing 
* Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi 
* Memperkasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran 

4. RMK11 akan mentransformasi perkhidmatan awam untuk produktiviti 
*Bertumpukan rakyat 
* Produktiviti dan kecekapan 
* Kerajaan digital 

5. Semua pihak perlu melaksanakan usaha secara bersama mencapai aspirasi negara
 - Dalam tempoh RMK11, kerjasama erat, ketekunan dan kesungguhan serta komitmen yang tinggi semua pihak berkepentingan amat perlu 

6. Membina Malaysia Pasca 2020.
 * Malaysia akan menjadi negara maju, progresif dan inklusif dari segi ekonomi
 * Menjiwai alam sekitar, menghargai, melindungi, memelihara dan berbangga dengan            keunikan flora dan fauna negara ini.
 * Rakyat bersatu dalam kepelbagaian, memiliki identiti kebangsaan yang utuh 
 * Prihatin terhadap golongan yang kurang berkemampuan
 * Sistem pendidikan holistik didorong oleh semangat dahagakan ilmu 

7. RMK11 berbeza dengan RMK lima tahun sebelum ini
 * RMK11 mengutamakan tindakan 
 * Berpaksikan rakyat 
 * Mengambil kira perspektif jangka panjang

 8. Rakyat Malaysia akan lebih produktif
 * Produktiviti sektor swasta
 * Produktiviti sektor awam

 9. Membina negara maju
 * Menjana kekayaan melalui inovasi
 * Mengupayakan TVET (technical vocational education and training) yang diterajui industri
 * Membina bandar yang mampu bersaing pada peringkat global 

10. Membangun secara mampan
 * Gaya hidup hijau
 * Reduce, reuse and recyle (3R)
 * Pembelajaran hijau 

11. Komited dalam mewujudkan sebuah masyarakat inklusif 
* Kualiti hidup yang selesa untuk semua
 * Seorang graduan bagi setiap isi rumah
 * Komuniti usahawan produktif 

 BERNAMA


RMK11: Purata pendapatan isi rumah akan digandakan lebih RM5000 menjelang 2020

KUALA LUMPUR: Purata pendapatan isi rumah kumpulan berpendapatan rendah B40 akan digandakan kepada RM5,270 menjelang 2020 dan seterusnya menganjakkan sebahagian mereka kepada kumpulan pertengahan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). Isi rumah B40 merujuk kepada isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah daripada taburan pendapatan dengan purata pendapatan RM2,537 pada 2014. 

Pelan lima tahun bermula 2016 itu turut menyasarkan isi rumah berpendidikan tinggi meningkat daripada sembilan peratus (2014) kepada 20 peratus (2020). Pelan bertemakan 'Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat' itu di bentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini. Fokus meningkatkan taraf isi rumah B40 ke arah masyarakat kelas menengah dilaksanakan menerusi tiga langkah antaranya meningkatkan pendapatan dan kekayaan golongan itu serta meningkatkan pencapaian pendidikan pasca menengah. 

Memandangkan sebahagian kumpulan B40 di bandar adalah golongan pekerja, majikan akan diberi dorongan bagi menggalakkan pekerja meneruskan pendidikan ke tahap lebih tinggi dan meningkatkan taraf kemahiran selain menyediakan insentif pinjaman mudah. Turut ditumpukan ialah mengurangkan kadar keciciran, memastikan akses pendidikan tinggi dan latihan kemahiran, meningkatkan sokongan keusahawanan secara bersepadu dan menggalakkan pelaburan di kawasan majoriti isi rumah B40. 

Dalam menangani kos sara hidup yang meningkat, usaha akan dibuat untuk mengukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan peraturan berkaitan kawalan harga untuk mengekang kenaikan harga tidak munasabah. Dalam RMK11, program 1Harga 1Malaysia juga diteruskan bertujuan menyeragamkan harga barangan bersubsidi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak manakala Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Kedai Coop1Malaysia diperluas ke seluruh negara. 

Perkembangan itu dilihat dapat mempertingkatkan akses secara lebih menyeluruh kepada barangan harga patut, seterusnya mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin meningkat. Penyediaan rumah mampu milik juga terus dipertingkatkan kepada isi rumah B40, pinjaman pada kadar faedah istimewa dengan tempoh moratorium untuk menjual hartanah selama 10 tahun juga ditawarkan selain bantuan sewa rumah kepada isi rumah yang layak. 

Di samping itu, pengukuhan sistem penyampaian program B40 dengan menyelaras sokongan kepada isi rumah yang terbabit dan antara pendekatan akan diambil ialah memperkasakan Jawatankuasa Kumpulan Fokus di peringkat daerah untuk memastikan pembangunan program konsisten serta memenuhi keperluan. 

Selain itu Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) akan diperkenalkan bagi mengukur akses kepada kemudahan dan perkhidmatan asas yang membantu mobiliti sosial bagi membolehkan analisis berasaskan intensiti mengenal pasti keperluan golongan tersebut dengan lebih jelas. 

Pelan itu menekankan adalah penting untuk meningkatkan taraf isi rumah B40 kerana dalam keadaan negara terus membangun golongan itu tidak wajar dipinggirkan. Sekiranya golongan itu terus berada dalam kedudukan sosio ekonomi semasa, akan mengakibatkan kos sosial kepada negara melalui pengurangan bilangan tenaga berkemahiran yang diperlukan selain memberi kesan kepada pertumbuhan output negara. -BERNAMA

RMK11: Lima strategi tingkat ekonomi Bumiputera

KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) menggariskan lima strategi bagi memperkukuh peluang Komuniti Ekonomi Bumiputera (KEB) dalam meningkatkan pemilikan kekayaan, termasuk memperkasa modal insan dan memperluas syer pemilikan kekayaan Bumiputera.

Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri berkata bagi menangani isu dan cabaran yang dihadapi oleh Bumiputera, usaha yang lebih kreatif dan inovatif akan dilaksanakan. Untuk strategi pertama bagi memperkasa modal insan Bumiputera, latihan kemahiran tinggi dan program profesional bertauliah seperti Program Peneraju Skil di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, akan diperluas. "Menjelang 2020, penyertaan Bumiputera dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi disasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus," kata EPU dalam dokumen rancangan lima tahun itu yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini. 

Strategi kedua bagi meningkatkan penguasaan efektif Bumiputera dan mengekalkan pemilikan korporat, strategi pelaburan untuk menambah baik pemilikan ekuiti akan diperluas. Ini akan juga melalui peningkatan pelupusan aset dan aktiviti bukan teras syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan kepada usahawan Bumiputera, serta memperkenal mekanisme pembiayaan baharu bagi aset kewangan. 

Strategi ketiga, memperluas syer pemilikan kekayaan Bumiputera dengan memperkukuh program berasaskan institusi bagi pemilikan aset serta memperkenal mekanisme pembiayaan baharu bagi aset bukan kewangan. Strategi keempat antara lain akan memperkasa KEB dengan mengurangkan pembiayaan dalam industri bernilai tambah rendah dan tidak strategik, mempergiat program pembiayaan usahawan dan mempertingkat program bersepadu kepada perusahaan Bumiputera. 

Strategi terakhir ialah mengukuh keberkesanan penyampaian program berorientasikan Bumiputera dengan mewujudkan pangkalan data bersepadu yang mengandungi maklumat status sosioekonomi Bumiputera dan mempermudah prosedur kerajaan bagi mengurangkan kos menjalankan perniagaan. -BERNAMA


RMK11: Empat bandar dipilih pemangkin pertumbuhan

KUALA LUMPUR - Empat bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Johor Baharu, Kuching dan Kota Kinabalu akan dibangunkan sebagai bandar pemangkin pertumbuhan bagi memaksimumkan faedah kepada komuniti setempat dan seterusnya merangsang pembangunan negara dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Empat bandar itu dipilih berdasarkan potensi masing-masing dari segi saiz penduduk, sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), ketersediaan infrastruktur utama, pemusatan institusi pengajian tinggi dan kelebihan geografi.

RMK11 yang bertemakan 'Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat' dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

Seperti yang dinyatakan dalam RMK11, bandar memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara iaitu sebagai hab kewangan dan logistik serta daya penarik bakat untuk menerokai peluang baharu.

Hal ini kerana persaingan global bagi pelaburan dan bakat pada masa kini adalah antara bandar-bandar utama  yang mampu menyediakan peluang pelaburan dan perdagangan serta meningkatkan keterhubungan dengan kawasan pinggir dan bandar.  

Pelan induk bagi meningkatkan daya saing empat bandar itu akan direka berdasarkan enam prinsip iaitu meningkatkan kepadatan ekonomi; memperluas pembangunan berasaskan transit (TOD); mengukuhkan pembangunan kluster berasaskan pengetahuan; meningkatkan daya huni; menggalakkan pembangunan dan amalan hijau; dan memastikan inklusiviti iaitu setiap anggota masyarakat mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sosial, politik dan ekonomi.

Pelan perancangan bandar berdaya saing itu terkandung sebagai antara teras strategi RMK11 iaitu merekayasa pertumbuhan ekonomi, dan seterusnya akan dirangka oleh pihak berkuasa tempatan bandar melalui perundingan dengan sektor swasta, masyarakat sivil dan pihak berkepentingan lain.

Oleh itu, empat bandar berdaya saing yang dilihat sebagai pemacu perubahan dalam tempoh RMK11 akan mengalami perubahan dari sudut  pertumbuhan ekonomi, kepentingan sebagai hab bakat dan peningkatan daya huni bagi tempoh tahun 2016-2020 dan seterusnya menjadi bandar contoh bagi bandar lain di Malaysia dan Asia.

Dalam pada itu kerajaan juga akan memperkukuh koridor ekonomi wilayah bagi merancakkan pembangunan wilayah yang seimbang di seluruh negara.

Pada akhir tempoh RMK11 ini, pelaburan yang direalisasi di semua koridor dijangka bernilai RM236 bilion dan sebanyak 470,000 peluang pekerjaan bakal disediakan.

Inisiatif utama Wilayah Ekonomi Pantai Timur ialah minyak, gas dan pembuatan, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (pertanian, industri automotif dan aeronautik), Iskandar Malaysia (pelancongan dan hub logistik), Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak  (Lebuhraya Pan Borneo) dan Koridor Pembangunan Sabah (pemprosesan hiliran kelapa sawit).

Pembangunan koridor-koridor ekonomi wilayah itu akan ditingkatkan melalui kajian strategik bagi pelan induk pembangunan koridor, menggalakkan pelaburan, menambah baik infrastruktur serta membangunkan bakat dan kemahiran.

Langkah ini bertujuan memastikan komuniti setempat terus mendapat manfaat daripada pelaburan dan hasil pertumbuhan ekonomi. - Bernama

RMK11: Pemacu terakhir ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan intipati Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), 2016-2020 yang sarat dengan teras strategik dan pemacu perubahan yang akan merealisasikan matlamat Malaysia menjadi negara maju dan inklusif.

RMK11 merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.

Wawasan yang dilancarkan pada tahun 1991 itu menggariskan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dalam semua aspek, iaitu ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya menjelang tahun 2020.

Susulan daripada pencapaian pembangunan cemerlang dalam tempoh separuh dekad lalu, RMK11 mengukuhkan lagi komitmen Kerajaan untuk mencapai pertumbuhan yang bermatlamatkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

RMK11 berteraskan prinsip Bangsa Malaysia yang progresif dan bersatu serta berkongsi cita-cita dan komitmen yang sama dalam meningkatkan lagi kemakmuran negara untuk rakyat.

Penyediaan RMK11 adalah berpandukan Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) yang memberikan tumpuan kepada pembangunan ekonomi berteraskan rakyat dan ekonomi berasaskan modal dengan pelaksanaan program dan projek berimpak tinggi, boleh dilaksanakan dengan pantas serta kos yang rendah kepada Kerajaan.

Ekonomi berasaskan modal merujuk kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri KAsar (KDNK), perniagaan besar, projek pelaburan besar dan pasaran kewangan, manakala ekonomi berteraskan rakyat lebih menumpukan kepada kepentingan rakyat, termasuk peluang pekerjaan, perniagaan kecil, kos sara hidup, kesejahteraan keluarga dan penyertaan masyarakat.

Sehubungan ini, RMK11 merupakan satu pelan strategik yang melakar perjalanan pembangunan masa hadapan malaysia yang selaras dengan impian rakyat dan dapat menikmati hasil pembangunan yang sepatutnya.

Pelan yang bertemakan “pertumbuhan berpaksikan rakyat” ini merupakan satu pelan strategik yang menggariskan komitmen Kerajaan untuk memenuhi aspirasi rakyat.
(Astro Awani)

Wednesday 6 May 2015

Istiadat Tabal Adat Sultan Perak XXXV berlangsung penuh tradisi

KUALA KANGSAR: Istiadat Tabal Adat bagi pertabalan Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Shah berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini hari ini dalam suasana penuh tradisi dan adat resam Kesultanan Melayu Perak.

Istiadat Tabal Adat yang menandakan kesinambungan teraju pemerintahan Perak itu bermula dengan para jejawat yang membawa masuk masing-masing 16 lembing dan payung kerajaan mengambil tempat di kiri kanan Balairung Seri.

Paluan Nobat yang memainkan lagu 'Raja Berangkat' serentak mengiringi keberangkatan tiba Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim yang masing-masing lengkap berpakaian songket kuning diraja.

Terdahulu Sultan Nazrin Shah menerima Hormat Diraja yang diiringi lagu kebesaran negeri Perak Darul Ridzuan oleh pasukan pancaragam Tentera Laut Diraja Malaysia di dataran istana pada pukul 9 pagi.Baginda kemudian berkenan memeriksa Kawalan Kehormat pasukan Rejimen Askar Jurutera Diraja Divisyen 2 sebelum istiadat tersebut diteruskan di Balairung Seri.
Sultan Nazrin Shah segak dengan persalinan yang dilengkapi, antaranya, tanjak, Rantai Bunga Nyiur (rantai panjang berkerawang seperti bunga nyiur yang dipakai bersilang) dan Pontoh Bernaga (sepasang gelang yang disarung di lengan kanan dan kiri Sultan Perak) manakala Tuanku Zara memakai antara lain tiara, Agok (kalung emas), Dokoh (perhiasan emas berpermata) dan Pontoh Ular Lidi - kesemuanya merupakan Perkakasan Kebesaran Kerajaan Negeri.
Pasangan diraja itu diiringi Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Datuk Ir Mohamad Othman Zainal Azim menghadap Sultan Perak bagi memohon perkenan untuk memulakan istiadat disusuli bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Radhi Kamarul Hailan, yang merupakan tenaga pengajar al-Quran di Perak.

Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti yang menatang al-Quran diiringi seorang Panglima dan dua Bentara masuk ke Balairung Seri bagi mempersembahkan kitab suci itu kepada Sultan Nazrin Shah di singgahsana yang dihiasi bunga emas pada kiri dan kanannya.


Sultan Nazrin Shah kemudian mengucup al-Quran dan meletakkannya di atas tempat khas yang disediakan di sebelah kanan baginda.

Istiadat Tabal Adat diteruskan dengan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membaca Watikah Permasyhuran Pertabalan Sultan Perak yang ditatang oleh Setiausaha Dewan Negara Perak Toh Amar Seri Diraja Datuk Ayob Hashim.

Sesuai pemasyhuran dibacakan, Raja Chik Muda Pawang Diraja mengambil peranan mempersembahkan Pedang Cura Simanja Kini kepada Sultan Perak, yang kemudian mencabut pedang itu daripada sarung sebelum mengucupnya.

Mohd Zahidi kemudian mengangkat sembah dan melaungkan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali diikuti sekalian hadirin. Sejurus itu, Nobat dipalu serentak dengan tembakan meriam 21 das dilepaskan.

Toh Seri Nara Diraja Mohd Shah Nong Chik kemudian naik ke singgahsana mempersembahkan 'Mestika Embun' dan menyunting 'Cap Halilintar' (mohor yang diperbuat daripada perak) ke telinga kanan Sultan Perak sambil membisikkan 'Rahsia Nisab Sultani' (asal-usul Sultan).

Selepas itu, istiadat Pemasyhuran Penganugerahan Gelaran Raja Permaisuri Perak diteruskan dengan bacaan watikah pemasyhuran oleh Mohd Zahidi.

Tuanku Zara Salim bangun menyembah Sultan Nazrin Shah yang kemudian menyemat 'Bunga Pencawa Pencara' di kepala Raja Permaisuri Perak.

Apabila selesai pengisytiharan dibacakan, sekali lagi Mohd Zahidi mengangkat sembah dan melaungkan 'Daulat' sebanyak tiga kali diikuti sekelian hadirin serta paluan nobat.

Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir masing-masing mempersembah ucapan tahniah dan taat setia bagi pihak raja-raja dan Orang Besar Perak Darul Ridzuan serta mewakili kerajaan dan rakyat.