TUKAR SIM KAD ANDA SEKARANG!!!

TUKAR SIM KAD ANDA SEKARANG!!!
SILA WHATSAPP/SMS : 0179519132

https://my.toluna.com/

https://my.toluna.com/
TINJAUAN YANG DIBUAT HANYA UNTUK ANDA

Tuesday 31 March 2015

ASB 2 catat agihan pendapatan 7.75 sen

KUALA LUMPUR 31 Mac - Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) yang akan memberi manfaat kepada 103,546 pemegang unit.
Ia melibatkan agihan pendapatan tahunan sebanyak 7.50 sen seunit dan agihan pendapatan khas sebanyak 0.25 sen seunit untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, Lembaga Pengarah ASNB bersetuju memperuntukkan pembayaran sebanyak RM92 juta sebagai bayaran agihan pendapatan ASB 2. - UTUSAN ONLINE

Najib perjelas rasional Lebuhraya Pan Borneo tidak dikenakan tol

BINTULU: Kerajaan Persekutuan memberi jaminan Lebuhraya Pan Borneo tidak akan dikenakan tol kerana ia adalah laluan utama pengguna jalan raya kedua-dua negeri Sarawak dan Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata berbeza dengan di Semenanjung yang lebuh rayanya dikenakan tol, kerana ada laluan alternatif disediakan, iaitu jalan yang dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) yang boleh digunakan oleh pengguna jalan raya.

"Lebuhraya Pan Borneo ialah laluan utama, tidak ada jalan alternatif, ini perlu diperjelaskan kenapa tol tidak dikenakan di sini. Di Semenanjung, laluan utama ialah lebuh raya utara selatan yang ada juga jalan alternatif," katanya semasa merasmikan fasa pertama projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bernilai RM13 bilion di sini hari ini.

Najib berkata, di Semenanjung, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan laluan utama yang dikenakan tol untuk cepat sampai ke destinasi tertentu, atau memilih jalan alternatif yang mungkin jauh jaraknya.

Beliau berkata, fasa seterusnya projek lebuh raya ini akan dilaksanakan pada tahun ini juga dengan pelancaran dijangka pada bulan September.

Perdana Menteri berkata, apabila siapnya projek lebuh raya ini nanti ia bukan sahaja menambah baik infrastruktur Sarawak, tetapi membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada semua rakyat di negeri ini.

Beliau menafikan projek Lebuhraya Pan Borneo ialah projek mega yang membazirkan wang rakyat kerana projek itu bakal membawa faedah jangka panjang penduduk negeri ini.

Dibina dengan kos keseluruhan RM27 bilion, projek Lebuhraya Pan Borneo akan melibatkan pembinaan dan penambahbaikan jalan raya sepanjang 1,663km dari Sarawak ke Sabah iaitu 936km jalan di Sarawak dan 727km untuk Sabah.

Bagi Sarawak, skop pelaksanaan projek kali ini ialah pembinaan jalan 919km untuk pembangunan jalan satu lorong dari Tanjung Datu ke Sematan dan pembinaan jalan dua lorong dari Sematan ke Merapok.

Pembinaan secara rasmi bermula di Sarawak pada hari ini dengan fasa pertama bermula untuk jalan sepanjang 43km dari Nyabau ke Bakun yang dijangka siap penghujung 2017 diikuti jalan Tanjung Datu-Sematan-Miri-Limbang-Lawas dengan tempoh semua projek siap dijangka dalam masa lapan tahun iaitu pertengahan 2023.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem yang turut berucap, berkata perundingan dengan konsesi tol di Kuching, Sibu dan Miri masih belum membuat sebarang keputusan sama ada hendak menurun atau menghapuskan kutipan tol bagi ketiga-tiga syarikat berkenaan.

"Kalau boleh tol dihapuskan, tapi ini belum diputuskan, kita mahu meringankan beban pengguna jalan raya yang terpaksa membayar cukai jalan dan mengurangkan kos sara hidup," katanya.

Beliau berkata tindakan Kerajaan Persekutuan tidak mengenakan tol ke atas Lebuhraya Pan Borneo adalah keputusan tepat memandangkan ia akan menjadi laluan penting bagi penduduk Sarawak untuk tujuan ekonomi dan sosial.

Beliau berkata, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo adalah bukti kukuh komitmen kerajaan persekutuan menunaikan janji seperti yang termaktub dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa; Menteri Kabinet Persekutuan dan Negeri; Ketua Jabatan dan ketua kaum di sini.

- BERNAMA

Fenomena gerhana bulan penuh Sabtu ini

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh pada 4 April ini, satu-satunya gerhana bulan yang dapat dilihat di Malaysia pada tahun ini.

Mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di sini hari ini, fasa fenomena tersebut bermula pada 5.01 petang, iaitu bulan memasuki bayang-bayang penumbra.

Kemuncak gerhana berlaku pada 8 malam dan fenomena itu berakhir pada 10.59 malam, iaitu bulan keluar dari bayang-bayang penumbra.

Menurut kenyataan itu, di Sabah, bulan akan terbit lebih awal berbanding di semenanjung iaitu sekitar 6 petang dan untuk itu penduduk di Sabah dapat menyaksikan fenomena tersebut bermula dari fasa separa sehingga tamat keseluruhan gerhana.

"Di semenanjung pula, bulan hanya akan terbit sekitar 7.20 malam dan ini bermakna fasa gerhana bulan penuh bermula sejurus selepas bulan terbit," menurut kenyataan berkenaan.

Lokasi terbaik untuk melihat fenomena tersebut adalah di kawasan yang paling timur dengan ufuk yang tidak terlindung.

Sehubungan itu, ANGKASA dan Jabatan Mufti Selangor akan mengadakan program pencerapan bulan dan planet Musytari, melihat bintang Sirus dan buruj Belantik (Orion) di perkarangan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor.

Selain itu, ANGKASA juga akan membawa Mini Planetarium bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menonton tayangan filem pendek astronomi secara percuma.

Untuk mendapatkan perkembangan terkini tentang fenomena tersebut, orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) atau hubungi talian 03-2273 4403/5484.

Monday 30 March 2015

SERANGAN SEKUTU ARAB DI YAMAN


KPDNKK lancar aplikasi MyKira GST

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melancarkan aplikasi telefon mudah alih MyKira GST bagi membantu pengguna membuat semakan segera impak GST terhadap barangan dan perkhidmatan.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek, berkata aplikasi itu dibangunkan dengan kerjasama MIMOS Berhad bagi memudahkan pengguna membuat keputusan sebelum membeli sesuatu barangan.

"Ciri utama aplikasi ini antara lain membolehkan orang ramai menyemak lebih 10,000 harga barangan yang berada di pasaran.

"Selain itu pengguna juga boleh terus membuat aduan menggunakan saluran e-aduan yang tersedia di dalam aplikasi ini sekiranya ada peniaga yang mengambil kesempatan dengan mengambil keuntungan berlebihan," katanya pada sidang media selepas melancarkan Pusat Gerakan Antipencatutan (PGAP) dan Aplikasi MyKira GST di sini sebentar tadi.

An Environment that is only Filled with Love


Monorel terbakar di Stesen Titiwangsa

Kuala Lumpur: Perkhidmatan di Stesen Titiwangsa tergendala selepas monorel terbakar dipercayai akibat geseran tayar dengan landasan, 8.30 pagi tadi.

Kebakaran di stesen terbabit juga menyebabkan kesesakakan lalu lintas lebih kurang dua kilometer dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ke Jalan Tun Razak sementara stesen terbabit ditutup buat sementara waktu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul Zahari Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan, 8.52 pagi dan tiba di lokasi enam minit kemudian.

Menurutnya, ketika tiba kebakaran sedang berlaku di bahagian tayar namun penumpang tiada di dalam train kerana sudah dipindahkan.

"Api berjaya dikawal dalam masa setengah jam," katanya.
Sementara itu pihak pengurusan Rapid Kl akan mengeluarkan kenyataan media nanti.


Friday 27 March 2015

Lebih 50 cedera kereta api berlanggar di Thailand

BANGKOK: Lebih 50 orang cedera dengan dua dilaporkan parah apabila dua kereta api berlanggar dan tergelincir di tengah Thailand, semalam.

Nahas berlaku jam 10.15 malam waktu tempatan di Wilayah Ayutthaya apabila tren penumpang dari Bangkok ke Denchai melanggar belakang gerabak sebuah kereta api ekspres.

"Daripada 52 yang cedera, enam masih dirawat di hospital, dua dalam keadaan kritikal," kata seorang pegawai kanak Kereta Api Kebangsaan Thailand, Thanongsak Kongprasert.

Beliau berkatam enam gerabak kereta api tergelincir dari landasan dengan dua mangsa yang kritikal adalah pemandu dan juruteknik dalam kereta api dari Bangkok ke Denchai terbabit. Seorang pegawai bancana tempatan, Udonsak Kawnuna memberitahu dua warga asing - seorang rakyat Amerika dan Korea Selatan cedera dan kini dalam pemerhatian di hospital. - AFP

Nahas Germanwings: Syarikat penerbangan bergegas laksana dasar kokpit baru

PARIS: Syarikat-syarikat penerbangan dan penggubal dasar telah bergegas untuk memandatkan keperluan dua orang anak kapal di dalam kokpit pada setiap masa berikutan tragedi nahas Germanwings di mana seorang juruterbangnya didakwa telah menghempas kapal terbang itu apabila bersendirian di dalam ruang kawalan tersebut.

Syarikat penerbangan tambang murah British, easyJet, merupakan syarikat terbesar untuk mengumumkan perubahan dasarnya pada Khamis selepas pendakwa raya Perancis berkata pembantu juruterbang itu, Andreas Lubitz, 28, telah menguncikan dirinya di dalam kokpit sebelum menghempaskan pesawat A320 Airbus di kawasan pergunungan Alps Selasa lalu.


Pengumuman yang sama turut dibuat oleh kerajaan Kanada, Icelandair dan Norwegian Air Shuttle berikutan nahas yang telah membunuh kesemua 150 orang di dalam kapal terbang itu.

Pertubuhan Penerbangan Jerman, BDL, berkata mereka juga mahu memperkenalkan peraturan dua orang di dalam kokpit di kalangan ahlinya, manakala Lufthansa berkata langkah itu akan dibincangkan dalam satu mesyuarat industri pada Jumaat.

Individu kedua boleh terdiri daripada seorang pramugara atau pramugari jika juruterbang atau pembantu juruterbang perlu keluar dari kokpit sewaktu penerbangan.

Thomas Hesthammer, ketua operasi penerbangan Norwegian Air Shuttle, iaitu syarikat penerbangan tambang murah ketiga terbesar di Eropah, berkata tragedi Alps merupakan pencetus kepada perubahan prosedur syarikat tersebut.

"Kami telah membincangkan ini untuk satu jangka masa yang panjang tetapi episod ini telah mempercepatkan keadaan," katanya.

Icelandair juga berkata tindakannya didorong berikutan pendedahan mengejutkan minit-minit terakhir pesawat Germanwings 4U 9525 dari Barcelona ke Dusseldorf.

Kanada, dalam satu direktif kecemasan oleh kerajaan tersebut, turut mengarahkan semua syarikat penerbangannya untuk memastikan sentiasa terdapat dua orang di dalam kokpit.

Arahan itu dikatakan wajib dipatuhi dan dikuatkuasakan serta-merta.

"Jika anda membawa penumpang, perkara ini perlu dipatuhi," kata Menteri Pengangkutan Kanada, Lisa Raitt.

"Anda perlu mempunyai dua anak kapal di dek penerbangan pada setiap masa".

Syarikat penerbangan tersohor Kanada, Air Canada, WestJet serta syarikat penerbangan sewa khas Air Transat sebelum ini telah memaklumkan, mereka akan mempraktikkan dasar tersebut berikutan tragedi yang melanda Germanwings.

Di Eropah, mana-mana syarikat penerbangan yang turut serta akan berbuat demikian secara sukarela disebabkan peraturan keselamatan udara Eropah, berbanding Amerika Syarikat dan Kanada yang 'senyap' tentang perkara ini.

"Peraturan Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah tidak memerlukan juruterbang digantikan oleh seorang anak kapal apabila ia meninggalkan kokpit," kata seorang jurucakap agensi.

Bagaimanapun, juruterbang-juruterbang itu perlu kekal di ruang kawalan tersebut, melainkan untuk ke bilik air atau berehat ketika penerbangan jarak jauh.

"Tiada apa-apa yang menghalang sesebuah syarikat daripada memperkenalkan prosedur-prosedur tersendiri yang lebih sukar daripada peraturan-peraturan sedia ada," kata Frode Lenning, seorang pegawai di pihak berkuasa penerbangan awam Norway. (Astro Awani)



Asia’s Got Talent (AGT) – A Star Studded Journey Awaits promotion


7 Reasons Why German Cars Are In A League Of Their Own


[PENDAPAT] Kenapa Guna Yang Fake Kalau Boleh Dapat Yang Original?

Nak ke duit hasil titik peluh kita bekerja ditipu oleh pihak tak bertanggungjawab? Sila klik gambar di bawah :

UM Keluarkan Hasil Kajian Terbaru Tentang Rokok Seludup, Dan Ia Amat Mengejutkan

Tidakkah kita sedar rokok yang diseludup masuk ke dalam negara mampu menimbulkan kesan yang sangat merbahaya kepada kesihatan? Sila klik gambar di bawah utk maklumat lanjut :

NAHAS GERMANWINGS : OPS MENCARI & MENYELAMAT


Thursday 26 March 2015

Tentera prokerajaan Yaman kuasai semula lapangan terbang Aden

ADEN: Tentera yang setia dengan Presiden Yaman, Abedrabbo Mansour Hadi dilaporkan merampas semula lapangan terbang antarabangsa Aden daripada kumpulan pemberontak, awal hari ini.

Tentera Briged Amor ke-39 berjaya menguasai semula lapangan terbang itu selepas sehari militan Huthi menawannya. - AFP

Arab Saudi mula bom Yaman

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Arab Saudi mengumumkan pelancaran kempen ketenteraan di Yaman semalam selepas pihak pemberontak menguasai sebahagian besar negara tersebut.

Menurut duta Arab Saudi di Amerika Syarikat (AS), Adel al-Jubeir memberitahu bahawa Arab Saudi adalah sebahagian dari gabungan 10 buah negara yang akan menghentikan kemaraan pihak pemberontak Houthi.

"Kami akan buat apa sahaja untuk melindungi negara kami," kata Adel dipetik dari NY Times.

Bagaimanapun, Adel tidak memberitahu nama-nama negara terlibat dalam gabungan tersebut, namun mengatakan terdapat negara Teluk Parsi lain terlibat.

Beliau juga menafikan penglibatan AS dalam operasi tersebut. (Sinar Harian)

Penjara Halden paling mewah di dunia

Oslo: Sebut saja penjara terbayang di dalam fikiran kita bilik kurungan yang sempit dan gelap, berdindingkan konkrit dan berjeriji besi dengan hanya berlantaikan simen.

Membayangkannya saja sudah cukup menyeksakan apatah lagi untuk menjalani kehidupan selama bertahun-tahun dalam suasana yang cukup berbeza dengan kehidupan bebas dan selesa di luar.

Pemandangan dari luar Penjara Halden.

Namun Penjara Halden di Norway berbeza. Penjara yang dibina dengan kos 1.5 billion kroner (RM82 juta) itu disifatkan sebagai bukan sekadar penjara paling mewah malah paling berperikemanusiaan di dunia.

Hukuman maksimum di Norway termasuk bagi kesalahan membunuh adalah penjara 21 tahun. Semua tahanan akan kembali menjalani kehidupan normal bersama masyarakat selepas hukuman.

Penjara itu seboleh mungkin mahu menyamakan suasananya dengan kehidupan di luar, sebagai persediaan kepada banduan sebelum mereka bebas.

Suasana semulajadi dengan pokok dikekalkan di penjara ini untuk membolehkan penghuni menikmati semua musim.

Penjara itu dibuka pada 2010 dan memiliki kawalan keselamatan paling ketat untuk menempatkan mereka yang melakukan kesalahan berat termasuk membunuh, merogol sehingga kepada pesalah pedofilia.

Menariknya, setiap tingkap selnya langsung tidak mempunyai jeriji besi sebagaimana yang digambarkan dalam kebanyakan penjara di mana-mana negara sekali pun.

Ia seolah-olah seperti berada dalam sebuah unit pangsapuri, banduan ditempatkan di dalam bilik yang mempunyai aliran udara, lengkap dengan bilik mandi berlantaikan seramik.

Televisyen berskrin rata juga disediakan bersama kemudahan peti ais mini untuk kegunaan banduan.

Keadaan bilik yang serba moden tidak menampakkan seperti berada dalam sebuah penjara.

Setiap banduan dalam 10 hingga 12 sel akan berkongsi sebuah dapur dan ruang tamu di mana mereka boleh menyediakan sendiri makan malam mereka sambil berehat selepas seharian bekerja.

Banduan juga diberikan kemudahan pendidikan dan riadah untuk memastikan mereka sentiasa sibuk dan gembira. Penjara Halden adalah penjara kedua terbesar di Norway, kini menempatkan 248 hingga 252 banduan, namun separuh daripada pengawalnya adalah wanita.Ini kerana kerajaan percaya bahawa golongan terbabit mampu mengurangkan tekanan dan menggalakkan kelakuan baik di kalangan tahanan.

Di Halden hampir separuh daripada warden adalah wanita yang disifatkan sebagai mampu mengurangkan tekanan dan menggalakkan kelakuan baik di kalangan banduan.

Malah kakitangan di situ langsung tidak merasa terancam untuk bersama tahanan bermain ping-pong, kad permainan dan backgammon.

"Jika berasa terancam saya tahu ada 30 pengawal yang akan datang dalam masa seminit untuk membantu saya. Malah semua banduan di sini mengetahuinya," kata pengawal penjara, Tina Bratas.

Banduan di Halden turut dibenarkan menggunakan internet tetapi dalam tempoh terhad. Mereka hanya dibenarkan membuat panggilan keluar untuk sekurang-kurangnya 20 minit seminggu. Surat akan dibuka dan dibacakan sebelum diserahkan.
Setiap bilik selnya mempunyai aliran udara dan tiada jeriji besi.

Gaya hidup Halden distrukturkan supaya menyamai kehidupan normal. Setiap pagi banduan akan keluar ke sekolah atau bekerja sama ada sebagai tukang masak atau tukang cuci dengan pendapatan 60 NOK (RM27) sehari.

Norway mempunyai kadar pemenjaraan sebanyak 70 bagi setiap 100,000 penduduk menjadikan sejumlah 3,571 tahanan dicatatkan di seluruh negara terbabit.

Ini berbeza sekali dengan kadar di Amerika Syarikat di mana ia adalah 10 kali ganda atau 707 bagi setiap 100,000 penduduk bersamaan dengan 2.2 juta penduduk yang dipenjarakan di seluruh negara terbabit.

Malah di sebuah negara yang hukuman penjara seumur hidup tidak wujud, Norway memiliki kadar kesalahan berulang paling rendah di Eropah iaitu hanya 20 peratus. - AGENSI


Wednesday 25 March 2015

NAHAS GERMANWINGS


Stay extraordinary with EverydayMe!

Keep up with the latest trends and offers by joining EverydayMe! When you sign up with EveryDayMe you are eligible to redeem samples and other gifts.

Monday 23 March 2015

#PLAYWITHOREO


Token penghargaan untuk peminjam PTPTN sehingga 31 Mac 2015.


Sultan Ibrahim dimahkota sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor moden pada satu istiadat gilang gemilang di Istana Besar, pagi ini.

Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.

Istiadat yang dipancarkan secara langsung melalui stesen televisyen terpilih dan layar besar di Dataran Bandaraya, turut disaksikan ribuan rakyat bukan sahaja di Johor malah seluruh Malaysia.

Dalam masa yang sama, ia turut disaksikan bonda Sultan Ibrahim, Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah, kekanda dan adinda Sultan Ibrahim, Tunku Puteri Johor Tunku Kamariah Sultan Iskandar dan Tunku Besar Zabedah Sultan Iskandar.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che' Puan Khaleeda Bustamam, beserta anakanda-anakanda Sultan Ibrahim yang lain turut hadir menyaksikan istiadat bersejarah itu.

Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Raja-Raja Melayu turut menyaksikan istiadat kemahkotaan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta timbalanya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut hadir.

Istiadat dimulakan kira-kira pukul 10 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah ke Bilik Singgahsana diikuti Lagu Bangsa Johor.

Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsuddin kemudiannya memakaikan Mahkota Kerajaan di kepala Sultan Ibrahim bersama lafaz selawat dan Bismillah diikuti dengan pemakaian mahkota permaisuri 'Diadem' di kepala Raja Zarith Sofiah. (Astro Awani)


Friday 20 March 2015

PUTRAJAYA INTER-PARK RIDE SIRI KE-28


2015 FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX

A powerful symbol of excellence. Formula One racing travels across five continents and draws global television audiences in the hundreds of millions. The grand circuit, Sepang International Circuit has been hosting the race since 1999. 

Malaysia will witness the 17th year of Formula One from 27th to 29th March 2015. This year will be a wholesome family affair with exciting activities for you and your friends and for mom, dad and the kids! 

Come together and enjoy the race, the exciting F1 Carnival, drifting and karting for the adrenaline junkie, shop at our F1 Village, relax at the Cool Zone and end the day with a fantastic performance at the After Race Concert.



TAMBANG BAHARU TEKSI DAN BAS 2015


GERHANA MATAHARI PENUH 2015


Thursday 19 March 2015

DUN Kelantan lulus hudud

Kota Bharu: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan pindaan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II (1993) selepas mendapat undian sebulat suara.

Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Datuk Abdullah Ya'kub sebelum menangguhkan Penggal Ketiga Sidang Dewan Negeri Kelantan Ketiga Belas 2015. Semua 44 ahli dewan menyatakan persetujuan terhadap rang undang-undang itu. Kerajaan negeri diwakili 32 ahli termasuk seorang ahli dari parti PKR, manakala pembangkang seramai 12 orang.

Terdahulu seramai empat ahli dewan diberi peluang membahaskan rang undang-undang itu yang berlangsung sejak semalam. Kelulusan itu membolehkan kerajaan negeri membawa rang undang-undang persendirian untuk meminda Perkara 76 (A) (1) Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah II dilaksana. (Harian Metro)

The Footbonaut - Ball Feeding Machine

The Footbonaut is a ball feeding machine erected on a 14 metre square grid which is the brainchild of Berlin-based designer Christian Guttler. The player who needs to brush up on his reaction time and ball control enters the arena and takes his place in a centre circle.

From then the ball is randomly fed in to him, at a variety of heights. It is then the player in question's task to control the ball and deliver it to one of 64 targets within the cube, signified by the lighting up of a square.

The action is filmed and analysed instantly on an iPad application.

Footbonaut has been in full use at Borussia Dortmund since March, and has also been used for rehabilitation training for injured first team and youth players

Mustafa Amini, Borussia Dortmund: "The facility is great. And just the repetition of the ball you get and the technique and help your technique and your vision and opening up and looking for the target."



IKEA Bed & Bath – Improvements for Your Private Life


Wednesday 18 March 2015

Fly Mojo : Syarikat penerbangan terbaru negara

Fly Mojo Sdn Bhd (flymojo) bakal muncul sebagai satu lagi syarikat penerbangan komersial tempatan dan antarabangsa apabila merancang untuk memulakan operasi penerbangannya bermula awal tahun depan.

Bagi tujuan itu, syarikat milik tempatan itu memeterai Surat Hasrat (LOI) jual beli dengan Bombardier Commercial Aircraft untuk memiliki 20 pesawat CS100 Bombardier dengan jangkaan nilai urus niaga mencecah RM5.44 bilion.

Perjanjian itu turut membabitkan pilihan tambahan pesanan 20 lagi pesawat CS100 Bombardier pada masa depan dengan nilai keseluruhan bagi semua 40 pesawat mencecah RM10.88 bilion.

Pengarah Urusannya, Datuk Janardhanan Gopala Krishnan berkata, syarikat merancang untuk memulakan operasi sulung dengan menggunakan tiga pesawat CS100 Bombardier yang mana pesawat pertama akan diterima seawal Disember tahun ini.
Beliau berkata, pihaknya kini masih melaksanakan kajian terhadap pelan perniagaan flymojo, rancangan laluan atau destinasi dan kadar tambang bagi pengguna perkhidmatannya.
“Kami mungkin akan memulakan operasi membabitkan 10 laluan domestik dan serantau, namun kami bukan syarikat penerbangan tambang murah kerana kami meletakkan flymojo sebagai syarikat penerbangan yang menyediakan lebih nilai dan kualiti kepada penumpang.
“Kami menyasarkan untuk meraih pertumbuhan organik dengan menyediakan perkhidmatan di pasaran domestik, namun jika ada peluang kami bersedia untuk meneroka pasaran serantau,” katanya pada sidang media selepas memeterai LOI bersempena LIMA’15 yang disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langkawi, semalam.
Sementara itu, Pengerusinya, Datuk Seri Alies Anor Abdul berkata, syarikat yakin model perniagaannya akan menjadi pencetus transformasi industri penerbangan di Malaysia dan rantau ini.

Katanya, menerusi strategi pemasaran dan operasi yang unik, flymojo mampu menambah nilai pengalaman pengguna sesuai dengan penggunaan pesawat CS100 Bombardier dalam angkatan udara syarikat.

Sebagai permulaan, flymojo akan menjadikan Senai di Johor Bahru sebagai hab logistik dan penerbangan serantau manakala hab di Kota Kinabalu akan digunakan untuk melonjakkan industri pelancongan di Sabah serta Sarawak. (Harian Metro)

Tuesday 17 March 2015

Enjoy #MagicKinderMY with games, colouring fun and lots more!


Enjoy the unique digital experience for all your family. Rich in content and safe place thought for the touchscreen generation and suited to meet the parent's needs. This is our way of supporting parents and children, making little moments in everyday life special.

#NipponMomentoLove


Monday 16 March 2015

COCA-COLA ZERO : TANPA GULA, TANPA KALORI


Pesawat A400M Pertama Milik TUDM Selamat Tiba Di Malaysia

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mempamerkan aset terbaharunya, pesawat Airbus Military A400M yang tiba di tanah air, semalam pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2015 (Lima '15) bermula 17 hingga 21 Mac ini.


Panglima Tentera Udara TUDM, Jeneral Datuk Seri Roslan Saad berkata, pesawat pengangkut termoden itu  akan membuat terbang lintas dan diperkenalkan secara rasmi buat pertama kalinya sewaktu perasmian Lima ’15, esok.

“Seterusnya pesawat berkenaan akan dipamerkan kepada orang ramai sepanjang Lima ‘15 berlangsung,” katanya pada sidang media selepas sambutan ketibaan pesawat A400M dari Seville, Sepanyol di Pangkalan Udara Subang.

Ketibaan pesawat A400M diketuai oleh Leftenan Kolonel Masro Kaliwon dengan dibantu oleh tiga juruterbang dan empat orang Kuartermaster Udara.

Pesawat yang tiba ini, merupakan pesawat pertama dari empat buah pesawat A400M yang dibeli Malaysia, dengan tiga lagi akan tiba secara berperingkat, dua pada tahun ini, manakala pesawat keempat pada suku pertama 2016.

Menurut Roslan, pesawat A400M akan menawarkan TUDM keupayaan pengangkutan berat paling canggih di rantau ini dan melaksanakan pelbagai operasi ketenteraan serta kemanusiaan yang luar biasa.

Katanya, bagi mempertingkatkan persediaan pengoperasian pesawat A400M, TUDM menghantar sebilangan pegawai dan anggota menjalani latihan secara berperingkat sejak September tahun lalu.

“Setakat ini, 16 pegawai juruterbang dan pegawai kejuruteraan serta 30 anggota loadmaster dan juruteknik menjalani khusus asas di Pusat Latihan Antarabangsa di Seville, Sepanyol,” katanya.

Beliau berkata, TUDM juga tidak berhasrat menggantikan mana-mana pesawat sedia ada termasuk pesawat pengangkut Hercules-130 atau Charlie dengan adanya pesawat A400M ini.

“Kami jangkakan dalam tempoh tiga bulan lagi untuk pesawat ini beroperasi sepenuhnya,” ujarnya.

Sementara itu, juruterbang TUDM pertama yang menerbangkan pesawat A400M, Kapten Masro berkata, ia satu penghormatan kepadanya bagi membawa pulang pesawat itu ke tanah air dari Seville, Sepanyol.

“Ini amanah rakyat Malaysia terhadap saya. Justeru, tanggungjawab saya memastikan pesawat ini dibawa pulang dengan selamat,” katanya.

Berkongsi pengalaman menerbangkan pesawat itu, Masro berkata, pesawat A400M berciri moden, canggih serta lebih baik daripada pesawat pengangkut lain.

Airbus A400M Atlas hampir dua kali lebih besar berbanding Hercules dan diperkasakan dengan empat enjin dengan 11000 kuasa kuda setiap satu.
Setiap enjin memutarkan kipas lapan bilah dan mampu membawa kargo sehingga 37,000 kilogram. Selain itu, pesawat ini boleh membawa seramai 116 anggota payung terjun.

Pesawat itu juga berkeupayaan melakukan pengisian minyak ketika di udara dengan jarak penerbangan maksimum melebihi 8,000 kilometer. (Sinar Harian)

Friday 13 March 2015

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2015



PELBAGAI belon udara panas yang berwarna-warni menghiasi ruang udara Putrajaya sempena Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2015 di Presint 2 yang bermula 11 Mac hingga 15 Mac 2015 . Fiesta tahunan yang ketujuh dengan penyertaan dari negara Amerika Syarikat, Korea, Perancis, Belanda, Belgium, Australia, Thailand, Sepanyol, Filipina dan tuan rumah Malaysia