TUKAR SIM KAD ANDA SEKARANG!!!

TUKAR SIM KAD ANDA SEKARANG!!!
SILA WHATSAPP/SMS : 0179519132

https://my.toluna.com/

https://my.toluna.com/
TINJAUAN YANG DIBUAT HANYA UNTUK ANDA

Thursday 28 January 2016

Caruman KWSP dikurangkan


PUTRAJAYA -‎ Kerajaan hari ini mengumumkan pengurangan sebanyak tiga peratus bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) bermula Mac ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara tersebut sebagai langkah pertama dalam pengubahsuaian #Bajet2016 yang diumum pada hari ini.

Menurut Najib lagi, pengurangan tersebut hanya diperuntukkan terhadap caruman individu, manakala caruman KWSP‎ bagi pihak majikan pula diteruskan seperti biasa.
"Ini bakal memberi manfaat kepada seluruh pekerja di negara ini terutamanya bagi sektor swasta," katanya ketika menyampaikan ucapan pembentangan baharu #Bajet2016 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan juga turut memberikan potongan cukai sehingga RM 2,000 kepada individu yang berpendapatan bawah RM 8,000.
Kata Najib lagi, ia akan menyebabkan kerajaan kehilangan sehingga RM 350 juta hasil kutipan, bagaimanapun memberi manfaat kepada lebih dua juta pekerja. (Sinar Harian)

Pengubahsuaian Bajet 2016 jimatkan RM9 bilion - PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 yang akan menjimatkan RM9 bilion dari segi perbelanjaan operasi dan pembangunan, yang diumumkan pada Oktober 2015. Kerajaan sebelum ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM267.2 bilion dalam Bajet 2016, dengan perbelanjaan operasi berjumlah RM215 bilion manakala perbelanjaan pembangunan berjumlah RM49 bilion. Ketika mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata sasaran kadar defisit untuk 2016 kekal pada 3.1 peratus berbanding KDNK seperti yang diumumkan sebelum ini. Beliau menegaskan Malaysia tidak mengalami kemelesetan ekonomi mahu pun kemelesetan teknikal. Bagaimanapun, unjuran pertumbuhan KDNK 2016 disemak semula kepada 4.0 hingga 4.5 peratus dengan andaian purata harga minyak mentah Brent pada AS$30 hingga AS$35 dolar Amerika setong. Najib berkata, kadar hutang negara akan terus berkurangan dan tidak melebihi paras berhemat 55 peratus kepada KDNK. Dasar monetari juga adalah akomodatif dan kadar faedah dikekalkan pada paras yang menyokong kegiatan ekonomi dalam negeri. Ini bermakna kerajaan tidak akan mengenakan kawalan modal dan tambatan ringgit. - BERNAMA