TUKAR SIM KAD ANDA SEKARANG!!!

TUKAR SIM KAD ANDA SEKARANG!!!
SILA WHATSAPP/SMS : 0179519132

https://my.toluna.com/

https://my.toluna.com/
TINJAUAN YANG DIBUAT HANYA UNTUK ANDA

Monday 23 February 2015

Kapal Perang USS Bonhomme Richard Tiba Di Pangkalan TLDM Sepanggar

KOTA KINABALU, 23 Feb (Bernama) -- Kapal perang amfibia Amerika Syarikat, USS Bonhomme Richard (LHD 6) dan Unit Ekspedisi Marin (MEU) Ke-31 hari ini tiba di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar dekat sini sebagai sebahagian daripada kunjungan berjadual ke pelabuhan di Malaysia.

Pegawai Memerintah USS Bonhomme Richard Kapten Joey Tynch berkata pada lawatan ini, anggota dan pegawai tentera laut dan marin akan terbabit dalam beberapa projek khidmat masyarakat, menganjurkan lawatan di dalam kapal, acara sukan serta melawat tempat menarik di bandar raya ini.

"Kota Kinabalu ialah pintu masuk popular bagi orang yang berkunjung ke Sabah atau Borneo dan merupakan satu daripada bandar raya komersial dan perindustrian utama di Malaysia," katanya dalam kenyataan dikeluarkan Unit Hal Ehwal Awam USS Bonhomme Richard.

Bonhomme Richard merupakan kapal induk Bonhomme Richard Amphibious Ready Group dan bersama-sama MEU Ke-31, ia kini dikerahkan di bawah United States 7th Fleet Area of Operations.

Tynch berkata mereka gembira untuk kembali belayar dan bekerjasama dengan anggota marin MEU ke-31 dalam menilai keupayaan semua aspek kapal amfibia itu di samping bekerjasama dengan negara rakan kongsi di Pasifik.

"Kami begitu teruja untuk datang ke Malaysia mewakili Amerika Syarikat dan pasukan marin dan tidak sabar untuk melihat apa yang ditawarkan negara ini baik di laut sehingga puncak Gunung Kinabalu," katanya.

Bonhomme Richard ARG kini berada di bawah ketumbukan taktikal pimpinan Komander Skuadron 11 Amfibia Kapten Heidi Agle dan melapor kepada Komander Amphibious Force 7th Fleet, Laksamana Madya Hugh D. Wetherald, beribu pejabat di White Beach, Jepun.

-- BERNAMA

HAK SIARAN TV LIGA PERDANA INGGERIS


Birdman Filem Terbaik

Seperti diramalkan, karya arahan Alejandro Gonzalez Inarritu, Birdman diangkat Filem Terbaik Anugerah Academy ke-87 di majlis yang berlangsung di Teater Dolby Hollywood, Amerika Syarikat, hari ini.

Filem memaparkan kisah cubaan seorang pelakon untuk kembali semula ke pentas Broadway itu mengalahkan tujuh filem lain iaitu American Sniper, Boyhood, The Grand Budapest Hotel, The Imitation Game, Selma, The Theory of Everything dan Whiplash.
Ia menang empat anugerah Oscar termasuk Pengarah Terbaik.

Kategori Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi Eddie Redmayne menerusi lakonannya dalam filem The Theory of Everything. Sementara kategori Pelakon Wanita Terbaik disandang Julianne Moore dalam filem Still Alice. Kategori Pembantu Pelakon Lelaki Terbaik pula dimenangi JK Simmons bagi lakonannya dalam filem Whiplash. Manakala kategori Pembantu Pelakon Wanita Terbaik disandang pelakon filem Boyhood, Patricia Arquette.

Senarai pemenang utama:

Filem Terbaik - Birdman
Pengarah Terbaik - Alejandro Gonzalez Inarritu (Birdman)
Pelakon Lelaki Terbaik - Eddie Redmayne (The Theory of Everything)
Pelakon Wanita Terbaik - Julianne Moore (Still Alice)
Pembantu Pelakon Lelaki Terbaik - JK Simmons (Whiplash)
Pembantu Pelakon Wanita Terbaik - Patricia Arquette (Boyhood



Wednesday 18 February 2015

Chappie : “Humanity’s Last Hope Isn’t Human”





Burger berusia 20 tahun

Adelaide: Dua lelaki, Casey Dean, 34, dan Eduard Nitz,33, mendakwa memiliki burger paling tua di dunia - makanan yang disimpan mereka sejak 20 tahun lalu. Pada 1995, Dean yang ketika itu berusia 14 tahun dan Nitz, 13, membeli burger di sebuah restoran Mcdonald’s tempatan, termasuk satu Quarter Pounder untuk kawan mereka yang tidak datang mengambilnya.

Namun, mereka tidak makan burger itu sehingga ke hari ini, setelah 20 tahun.
Dean berkata, dia agak yakin burger itu yang paling tua di dunia.

“Kami berjenaka dengan seorang rakan dengan memberitahunya kami menyimpan burger itu untuknya. Tetapi dia tidak muncul dan kami teringat mengenai burger itu enam bulan kemudian. “Bulan bertukar menjadi tahun dan kini selepas 20 tahun, burger itu kelihatan sama di dalam bungkusan asalnya,” kata Dean.

Namun, burger itu bukan satu-satunya produk Mcdonald’s yang bertahan bertahun-tahun.
Burger keju terakhir McDonald’s dijual di Iceland masih kekal dan bebas cendawan selepas ia dibeli enam tahun lalu. Restoran makanan segera itu di Iceland ditutup pada 2009 berikutan krisis kewangan yang melanda negara berkenaan.

Negara itu mempunyai tiga cawangan McDonald’s dan semuanya di ibu negara, Reykjavik.
Hjortur Smarason, 28, menunggu hingga hari terakhir sebelum restoran McDonald’s di tempatnya ditutup dan memastikan dia membeli burger terakhir bersama-sama kentang goreng. Kini burger itu menjadi pameran di bar sebuah asrama di Reykjavik.

Friday 13 February 2015

PERGINYA TOK GURU


MURSYIDUL AM PAS, DATO' BENTARA SETIA TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT MENINGGAL DUNIA

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Melaka jam 9.40 malam tadi. Allahyarham sebelum itu dibawa pulang pada 8.40 malam dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan ditemani kaum keluarga.

Terdahulu, anaknya, Nik Mohamad Abduh memaklumkan di dalam Facebook tahap kesihatan bapanya menurun selepas menjalani rawatan ulser, semalam. Sementara itu, orang ramai yang turut berada di pekarangan kediaman Allahyarham mengalirkan air mata sebaik dimaklumkan perkara itu.

Pemergian Allahyarham pada malam Jumaat dalam suasana cukup tenang selepas hampir sebulan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM. Sementara itu, Nik Abduh mengesahkan bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi seluruh kaum keluarga pada jam 9.40 malam selepas sejam dibawa pulang dari HUSM.





Thursday 12 February 2015

Pengulas sukan Hasbullah Awang meninggal dunia

Pengulas sukan  negara, Datuk Hasbullah Awang dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara dipercayai akibat komplikasi jantung. Beliau yang betugas sebagai pengulas sukan bagi rangkaian Astro Arena sejak Januari 2014, menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di fasiliti perubatan tesebut sejak minggu lalu.

Allahyarham terkenal sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara sejak dari tahun 1980. Populariti Allahyarham memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an.


FOCUS - IN CINEMAS 26 FEBRUARY 2015

“It’s about distraction. It’s about focus. The brain is slow and it can’t multitask. Tap him here, take from there.”

Friday 6 February 2015

Are you more VOICE or more INTERNET?

Whether you’re a heavy Internet user or enjoy calling your family and friends, the OPTIMISER is definitely for you! Click here for more info.

Wednesday 4 February 2015

Have you seen the cost of buying a house in Malaysia these days?


PESAWAT TAIWAN DENGAN 58 PENUMPANG TERJUNAM KEDALAM SUNGAI

TAIPEI: Sebuah pesawat dengan 58 penumpang terjunam ke dalam sungai di luar Taipei. Pesawat TransAsia ATR 72-600 ini sedang terbang dalam satu perjalanan domestik apabila ia terlanggar sebuah jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai, menurut laporan itu. Kumpulan penyelamat sedang cuba menyelamatkan penumpang yang terperangkap.

3 Simple Steps For Malaysians To Get FREE Fuel For One Whole Year


POTENSI DRON