TUKAR SIM KAD ANDA SEKARANG!!!

TUKAR SIM KAD ANDA SEKARANG!!!
SILA WHATSAPP/SMS : 0179519132

https://my.toluna.com/

https://my.toluna.com/
TINJAUAN YANG DIBUAT HANYA UNTUK ANDA

Tuesday 21 April 2015

Surface for business

Whether you’re a small startup or a global enterprise with offices around the world, Surface can help you stay ahead—anytime, anywhere.

Monday 20 April 2015

Kementerian Kesihatan minta KDN senarai ubat kebas bahan menghayalkan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) memasukkan ubat kebas atau penyembur "ethyl chloride" dalam senarai bahan yang mengkhayalkan untuk mencegah penyalahgunaan ubat itu dalam kalangan remaja. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata KDN sedang menggubal satu akta berkaitan bahan mengkhayalkan yang merangkumi pengawalan, pencegahan, rawatan dan rehabilitasi penagihan inhalan. 

"Pihak kita belum ada kajian yang menunjukkan ramai terlibat dalam tabiat menyedut ubat kebas dalam kalangan remaja. Ia digunakan untuk menghilangkan kesakitan bersifat sementara dan diaplikasikan secara luaran semasa pembedahan kecil atau melegakan kecederaan otot ketika bersukan. Disebabkan itu ia tidak dikawal sebagai racun berjadual di bawah Akta Racun 1952 dan boleh diperolehi di kaunter ubat sebagai produk 'Over The Counter' (OTC)," katanya dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Lim Nget Yoon yang ingin tahu langkah berkesan daripada kerajaan untuk mencegah masalah penyalahgunaan ubat kebas dalam kalangan orang muda. Dr Hilmi berkata penggunaan ubat kebas itu tidak akan mendatangkan sebarang kesan negatif sekiranya digunakan dengan betul namun jika ia disalah guna ia boleh menyebabkan halusinasi dan ketagihan kepada pengguna. 

Sehubungan itu, beliau berkata kementerian sentiasa memberikan pendidikan mengenai cara penggunaan ubat-ubatan secara betul kepada orang ramai supaya penyalahgunaan seperti itu dapat diatasi.  - BERNAMA

Wednesday 15 April 2015

Murid didakwa dijangkiti H1N1 di Melaka meninggal dunia

MELAKA: Murid lelaki Tahun Lima sebuah sekolah di negeri ini yang didakwa dijangkiti virus Influenza A (H1N1) meninggal dunia kira-kira 12 tengah malam tadi. Sebelum ini, murid yang dikatakan dijangkiti virus H1N1 itu berada dalam keadaan koma dan sedang dirawat di sebuah hospital swasta di negeri ini. 

Susulan kejadian itu, Jabatan Kesihatan Melaka juga sudah melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke atas semua murid di sekolah terbabit, pagi semalam. Semalam, Bernama melaporkan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata kes yang disyaki jangkitan H1N1 melibatkan seorang pelajar sekolah berusia 10 tahun di Melaka, masih belum disahkan.

 "Masa dua atau tiga hari diperlukan untuk menjalankan ujian seperti ujian darah, jadi kami tidak dapat mengesahkan sama ada ia H1N1 atau tidak, kami akan beritahu kamu semua jika jangkitan itu H1N1," katanya. Subramaniam meminta orang ramai bertenang dan tidak terburu-buru membuat kesimpulan berhubung kes jangkitan H1N1 di negara ini kerana berbuat demikian akan menimbulkan panik dan takut di kalangan orang ramai. 

Seorang pelajar dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Pay Teck di sini disyaki menghidap H1N1 dimasukkan ke wad sebuah hospital swasta akibat demam panas Jumaat lalu. Sementara itu, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin semalam berkata, sebagai langkah awal, pihaknya mengambil tindakan serta-merta dengan melakukan saringan vaksin di SRJK (C) Pay Teck dengan kerjasama Jabatan Kesihatan. 
BEBERAPA orang kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah tiba di sekolah untuk melakukan pemeriksaan berikutan seorang pelajar sekolah tersebut disyaki dijangkiti Influenza A (H1N1), semalam. - Foto BERNAMA

Monday 13 April 2015

Marvel’s Avengers: Age of Ultron


What will happen after Tony Stark jumpstart a dormant peacekeeping program? Will the Avengers heroes including Iron Man, Captain America, Thor, The Incredible Hulk, Black Widow and Hawkeye, bring peace to us once again?

Tuesday 7 April 2015

Dewan Rakyat lulus POTA selepas lebih 12 jam dibahas

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada 2.25 pagi ini, selepas  dibahaskan lebih 12 jam.

POTA diluluskan selepas undian belah bahagian kesembilan dilakukan dengan undian terakhir memihak kepada kerajaan dengan kiraan 79 bersetuju dan 60 tidak bersetuju (untuk meluluskan).

Sebelum itu, rang undang-undang yang dibahaskan lancar di peringkat dasar, namun melalui waktu sukar di peringkat jawatankuasa apabila pelbagai pindaan dicadangkan oleh anggota Parlimen pembangkang sehingga sesi perbahasan dan penggulungan di peringkat itu berlarutan sehingga awal pagi ini.

Lebih menyukarkan apabila pembangkang berkeras untuk meminda hampir kesemua 35 Fasal, memaksa lapan undi belah bahagian dilakukan bagi setiap usul pindaan yang dikemukakan sepanjang perbahasan di peringkat jawatankuasa, sebelum undian terakhir dibuat bagi meluluskan rang undang-undang itu.

Bagaimanapun, semua undi belah bahagian berakhir dengan undian memihak kepada kerajaan, sekali gus menolak usul-usul pindaan dibawa pembangkang.

Antaranya, cadangan pindaan termasuk supaya pangkat pegawai polis dalam penangkapan suspek hendaklah tidak rendah daripada Superitendan, selain berhubung tempoh tahanan reman yang digesa tidak melebihi 14 hari berbanding cadangan rang undang-undang itu yang membolehkan suspek ditahan sehingga 21 hari.

Anggota Parlimen pembangkang turut mengusulkan supaya beberapa peruntukan termasuk di bawah Perkara 13 hingga 28 yang menyentuh mengenai perintah tahanan dan sekatan dibatalkan kerana disifatkan berniat jahat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di peringkat jawatankuasa, berkata kerajaan tidak melihat pindaan yang diusulkan itu perlu dibuat pada masa ini.

Katanya POTA harus dilihat dengan 'mata hati' untuk memahami tujuan sebenar kerajaan memperkenalkan undang-undang itu, selain tidak harus dibandingkan dengan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Terdahulu, Ahmad Zahid ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di peringkat dasar, berkata elemen pemulihan menjadi keutamaan dalam pelaksanaan POTA. Tegas Ahmad Zahid, ini kerana POTA tidak boleh dilihat hanya dari sudut perundangan semata-mata sebaliknya ia bersifat pencegahan.

"Elemen pemulihan terhadap tahanan menjadi keutamaan. Rekod tahanan ISA setakat sehingga undang-undang itu ditiadakan iaitu daripada seramai 10,800 tahanan ISA, 90 peratus berjaya dipulihkan," katanya.

Ahmad Zahid juga memberi jaminan POTA tidak akan disalah guna dan tiada sesiapa pun yang mempunyai perbezaan politik atau pendapat, akan ditahan di bawah undang-undang itu. (Astro Awani)

Friday 3 April 2015

Are you Ed Sheeran’s biggest fan? PROVE IT TO US


A big fan of Ed Sheeran? Do you want a guitar signed by him? Check out how you can win it with just an Instagram video.

Happy Birthday To Chipsmore!

Pelampau Somalia bunuh 147 pelajar universiti Kenya

GARISSA, Kenya: Empat lelaki bertopeng dipercayai daripada kumpulan pelampau Shebab dari Somalia membunuh sekurang-kurangnya 147 pelajar selepas menyerbu sebuah universiti di negara ini semalam.

Serangan itu adalah yang terburuk di Kenya selepas pengeboman terhadap kedutaan Amerika Syarikat di Nairobi pada 1998 yang menyebabkan 213 orang terbunuh.

Lelaki berkenaan yang lengkap bersenjata dan memakai jaket yang disalut bahan letupan, meletupkan diri selepas serangan selama 16 jam di pusat pengajian tinggi itu berakhir.

Penyerang yang melontarkan berpuluh bom tangan dan menembak daripada senjata automatik, kumpulan lelaki berkenaan menyerbu universiti itu pada waktu subuh dan mula menahan tebusan bukan beragama Islam.

Menteri Dalam Negeri Kenya, Joseph Nkaiserry , berkata sekurang-kurangnya 79 cedera dalam serangan di universiti itu, yang terletak di bandar itu yang tidak jauh dengan sempadan Somalia, negara yang hancur akibat perang saudara.

Nkaiserry berkata, keempat-empat penyerang terbunuh selepas meletupkan diri apabila tentera kerajaan mula menyerbu universiti itu untuk membebaskan tebusan.

Serangan itu diisytiharkan berakhir lewat malam tadi selepas Pusat Bencana Kebangsaan mengesahkan empat penyerang terbunuh dan sejumlah 147 mangsa terkorban walaupun pihak berkuasa menjangka jumlah kematian mungkin meningkat.

Kumpulan Shebab yang dikaitkan dengan Al-Qaeda mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. Kumpulan sama juga turut membuat serangan terhadap sebuah pasar raya di Nairobi pada September 2013 dan mengorbankan sekurang-kurangnya 67 orang.

Jurucakap Shebab, Sheikh Ali Mohamud Rage memberitahu AFP kumpulan itu menawan tebusan bukan Islam dan misi mereka dalam serangan itu adalah membunuh mereka yang menentang Shebab.

"Kenya sedang berperang dengan Somalia," kata Ali Mohamud merujuk kepada ribuan tentera Kenya di Somalia sebagai sebahagian daripada pasukan pengaman anjuran Kesatuan Afrika.

Dalam pada itu, ganjaran AS$215,000 (RM787,923) ditawarkan untuk penangkapan komander Shebab, Mohamed Mohamud, seorang guru dari Kenya yang kini dipercayai berada di Somalia dan dikatakan menjadi perancang serangan terhadap universiti di bandar ini.

Bandar sempadan ini kira-kira 150 kilometer di barat Somalia dan menjadi sasaran Shebab sejak sekian lama. - AFP

Kad tambah nilai prabayar tetap dikenakan GST

PUTRAJAYA - Syarikat telekomunikasi akan tetap mengenakan caj enam peratus cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kad tambah nilai prabayar berkuat kuasa serta-merta. Bagaimanapun, pelanggan akan ditawarkan tambahan kredit masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kadar nilai melebihi cukai enam peratus.

Pengarah Bahagian GST, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk  T.Subromaniam berkata, keputusan itu dicapai menerusi perbincangan antara ketua eksekutif syarikat telekomunikasi, Kastam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini.
"Persetujuan sementara itu berkuat kuasa hari ini dan akan berterusan selama tempoh tiga bulan sebelum perbincangan lanjut dilakukan sama ada ia akan diteruskan atau dikaji semula," katanya pada sidang media di sini.

"Kita sebenarnya mempunyai dua pilihan, sama ada mengekalkan harga kad prabayar, contohnya RM10 (tanpa GST) atau mengenakan RM10.60 (cukai telah diserapkan dalam setiap kad sebelum pelaksanaan GST dan masa berbual melebihi enam peratus GST.   

"Jadi, berita baik ialah pengguna akan mendapat tambahan kredit masa berbual yang akan diaktifkan dalam sistem, dengan kadar nilai melebihi RM1. Inilah merupakan permintaan pihak kami kepada syarikat telekomunikasi," jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad, yang turut menyertai perbincangan itu, berkata caj perkhidmatan yang dikenakan oleh hotel dan restoran tertakluk kepada GST.

Beliau berkata, kerajaan tidak mengambil caj perkhidmatan yang dikenakan oleh dua premis itu.

"Ia wujud atas perjanjian kolektif antara pekerja dan majikan hotel dan restoran. Jadi, ini isu yang sebenarnya universal kerana caj perkhidmatan itu dipraktik sejak 1948 di seluruh dunia," katanya.

Bagaimanapun, pihak kementerian akan mengkaji sekiranya perlu mewujudkan garis panduan untuk peniaga atau majikan untuk mengenakan caj perkhidmatan, katanya. - Bernama

GST WAR ROOM


Thursday 2 April 2015

Dividen SSPN-i 4.25 peratus

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh mengumumkan kadar dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bagi tahun 2014 sebanyak 4.25 peratus.
Beliau berkata, pembayaran dividen itu membabitkan peruntukan sebanyak RM50.56 juta.
Dividen itu lebih tinggi berbanding kadar simpanan tetap yang ditawarkan majoriti institusi kewangan di negara ini.

"Kadar dividen yang tinggi ini diharap dapat menjadikan SSPN-i lebih berdaya saing dan menarik lebih ramai pembuka akaun serta penambahan deposit," katanya pada Majlis Pelancaran Cabutan Hadian SSPN-i 2015, di sini, sebentar tadi.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan dan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Shamsul Anuar Nasarah.
Hingga 28 Februari lalu, SSPN-i mempunyai seramai 2.2 juta akaun dengan jumlah deposit RM1.6 bilion. (Berita Harian)

Dana Bumiputera Al-Ansar RM200j sasar 11 sektor - PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata memperkasa Bumiputera yang menjadi sebahagian agenda nasional kerajaan perlu diterjemah dalam pelbagai bentuk tindakan dan program. Perdana Menteri menjelaskan, ia bagi membolehkan keberhasilan terhadap matlamat utamanya iaitu mempertingkat dan merancakkan keupayaan ekonomi Bumiputera.
"Saya ingin menyatakan agenda memperkasa Bumiputera ini wajar diterjemah dalam bentuk tindakan dan program untuk membolehkan ia berjaya membentuk keberhasilan seperti yang dihasratkan," katanya.

Kerajaan kini kata Najib sudah melaksana beberapa langkah bagi menyokong agenda itu antaranya pelaksanaan program pembangunan modal insan di Pusat Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UITM), bertujuan melahirkan akauntan Bumiputera selain melantik kontraktor Bumiputera dalam projek berskala besar seperti pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dan Transit Aliran Ringan (MRT).

Najib berkata demikian dalam ucapan ringkasnya ketika melancarkan Dana Bumiputera Al-Ansar kelolaan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Bank Islam di bilik taklimat di bangunan Parlimen, hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim serta Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail.

Sebanyak RM200 juta disediakan menerusi Dana Bumiputera Al-Ansar yang menawarkan kemudahan pembiayaan kredit bernilai antara RM50,000 hingga RM1 juta. Dana patuh syariah yang pertama kali dilaksana di Malaysia itu mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) dan akan disalurkan menerusi Bank Islam, sebagai ejen pengurus dananya.

Mengulas mengenai dana itu, Najib berkata, 11 sektor diberi keutamaan meliputi makanan halal; minyak dan gas; pendidikan; kesihatan; pertanian dan asas tani; pembinaan; pengangkutan; sokongan telekomunikasi dan utiliti serta pemborongan dan peruncitan.

Beliau turut berharap, langkah itu dapat melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan Bumiputera, selain memastikan usahawan sedia ada dipertingkat keupayaan dan sumbangan dalam membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

"Langkah oleh TH ini adalah amat baik sekali. Saya mahu sampaikan setinggi tahniah dan ia diyakini mampu memberi impak yang besar (kepada masyarakat Bumiputera).

"Saya harap GLC (syarikat berkaitan kerajaan) lain boleh ikut cara seperti ini. Diharap ia boleh beri manfaat besar kepada masyarakat khususnya Bumiputera," katanya. 
(Berita Harian)

Wednesday 1 April 2015

The Softest Fabric & The Prettiest Flat Lay

Lay your things out, get the best lightings, be creative and SNAP! Do you think your Downy flat lay can win yourself the latest SONY RX100? Challenge us here and let us know your scent inspiration. Click Image for information :

Muhammadu Buhari, Presiden baharu Nigeria

ABUJA: Warga Nigeria mengundi untuk memilih semula bekas diktator tentera berusia 72 tahun sebagai Presiden dalam pilihan raya paling sengit di negara itu.

Presiden Goodluck Jonathan sudah mengaku kalah kepada bekas Jeneral, Muhammadu Buhari, sekali gus membuka laluan kepada peralihan kuasa secara aman yang tidak pernah berlaku sebelum ini di negara itu yang paling padat penduduk di benua Afrika.
"Keinginan seseorang tidak akan lebih bernilai daripada nyawa warga Nigeria," kata Jonathan dalam satu kenyataan yang mana beliau turut mengucapkan tahniah kepada penggantinya.

"Saya sudah menjanjikan pilihan raya yang bebas dan telus. Kini, saya sudah buktikan saya seorang yang mengotakan janji."

Inilah kali pertama dalam sejarah Nigeria, yang mana sebuah parti pembangkang mengambil alih kuasa secara demokrasi daripada parti pemerintah. Keadaan ini menunjukkan demokrasi yang boleh dianggap masih muda di wilayah Afrika Barat itu, sudah semakin matang.

Presiden Jonathan mentadbir Nigeria selepas berakhirnya pemerintahan junta tentera pada 1999.

Kenyataan Jonathan, walaupun Suruhanjaya Pilihanraya belum mengumumkan keputusan penuh secara rasmi menyebabkan penyokong Buhari terutama di utara Nigeria bersorak dan menunggu Buhari membuat ucapan sulung kepada seluruh negara menerusi TV.

Keputusan awal menunjukkan daripada semua 36 negeri dan wilayah di negara itu, Buhari yang pernah mentadbir secara kuku besi dalam tempoh singkat pada 1980-an, mengalahkan Jonathan dengan majoriti besar. - AP

Kaunter bayaran balik GST pelancong di lapangan terbang

KUALA LUMPUR: Pelancong yang berbelanja sepanjang berada di Malaysia akan dapat menuntut jumlah yang dibelanjakan ke atas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi barangan yang dibeli melalui kaunter Skim Bayaran Balik Pelancongan (TRS) di lapan lapangan terbang utama bermula hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Datuk Abdul Rahman Othman berkata pembukaan kaunter itu membolehkan pelancong untuk menebus jumlah yang dibelanjakan tidak kurang daripada RM300 di 700 peruncit TRS berdaftar di seluruh negara sebelum kembali ke negara mereka.

"Kaunter akan disediakan di lapangan terbang Senai, Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), klia2, Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang," katanya.

Abdul Rahman mengingatkan pelancong untuk mendapatkan Borang Bebas Cukai selepas membuat bayaran sebelum menuntut pembayaran balik. - BERNAMA

Tiga pengeluar kereta turun harga selepas GST

Tiga pengeluar kenderaan mengumumkan pengurangan harga antara RM500 hingga RM4,000 bagi model kereta masing-masing susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkuat kuasa hari ini.
PROTON Holdings Bhd (PROTON) mengurangkan sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus seunit bagi semua modelnya terdiri daripada Saga, Persona, Inspira, Staria Neo, Exora, Prevé, Suprima S dan Iriz.

Honda Malaysia Sdn Bhd Honda Malaysia pula mengurangkan antara RM500 hingga RM2,500 kenderaan Honda yang dipasang sepenuhnya (CKD) di negara ini iaitu Jazz, City, Civic, CR-V, Accord dan model terbaru HR-V.

Sementara itu, UMW Toyota Motors Sdn Bhd mengumumkan pengurangan sehingga RM4,000 atau dua peratus bagi model kereta Toyota dan Lexus.

Mengulas pengurangan harga itu, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata pengguna bukan saja mahukan kereta yang bernilai bagi wang dibelanjakan malah kereta yang dilengkapi dengan kualiti serta ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan.

Sebagai contoh, katanya pengguna kini boleh membeli Proton Saga dari harga serendah RM33,242.40 atau Prevé 1.6L Turbo pada harga RM61,023.46.

"Semua harga ini sudah mengambil kira enam peratus GST dan juga harga di atas jalan. Sebagai satu-satunya pengeluar kereta sepenuhnya di rantau ini, PROTON sentiasa memberikan dedikasi tertinggi dalam memenuhi peranannya kepada negara, khususnya dalam menggambarkan matlamat GST," katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Abdul Harith berkata, satu fakta yang tidak patut dilupakan adalah walaupun adanya pengurangan harga sedemikian, PROTON telah meningkatkan nilai barisan produknya menerusi pelbagai ciri-ciri keselamatan.

"Ini terus menunjukkan komitmen PROTON untuk terus menambah baik produk serta perkhidmatan di semua peringkat di samping menawarkan kereta yang selamat, berkualiti tinggi dan bernilai bagi kepada rakyat Malaysia," katanya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno pula berkata, harga alat ganti kereta keluarannya juga akan dikurangkan dengan purata sebanyak 3.7 peratus untuk semua model namun GST akan ditambah ke dalam kos buruh.

"Memandangkan harga alat ganti telah dikurangkan, kami menganggarkan kos keseluruhan penyelenggaraan akan turun sebanyak dua hingga empat peratus bergantung kepada model.

"Pengurangan harga model CKD ini berdasarkan kepada ciri-ciri dan aksesori yang menyebabkan harga untuk setiap model dan varian adalah berbeza. Secara keseluruhannya, penjimatan daripada pelaksanaan GST akan diberikan kepada pelanggan Honda yang menyebabkan penurunan harga model CKD keluaran syarikat," katanya.

Mengenai implikasi pelaksanaan GST sebanyak 6 peratus yang menggantikan 10 peratus Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Ueno berkata, dalam industri automotif, perbezaan harga kereta tidak semudah seperti 10 peratus tolak enam peratus kerana ia membabitkan banyak faktor.

Katanya, SST berasaskan kepada nilai pengedaran sesebuah kenderaan dan ia kemudian dikenakan cukai sebanyak 10 peratus tidak termasuk margin pengedar, kos pengangkutan, yuran pengendalian, aksesori serta kos-kos pengedaran lain manakala pengenaan cukai GST pula berdasarkan kepada harga jualan akhir kereta di atas jalan.

Presiden UMW Toyota Motors, Datuk Ismet Suki berkata, syarikat akan memindahkan keseluruhan penjimatan kos kepada pelanggan yang membeli mana-mana model Toyota dan Lexus semasa pelaksanaan struktur cukai baharu itu.

"Kami akan telus dalam transaksi perniagaan dan akan mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2014," katanya.
(BERITA HARIAN)

BARANGAN SIFAR GST

SUMBER : HARIAN METRO