TUKAR SIM KAD ANDA SEKARANG!!!

TUKAR SIM KAD ANDA SEKARANG!!!
SILA WHATSAPP/SMS : 0179519132

https://my.toluna.com/

https://my.toluna.com/
TINJAUAN YANG DIBUAT HANYA UNTUK ANDA

Friday 24 October 2014

Slurp mudahkan urusan tempahan, pengendalian restoran




Sebuah Sistem Terminal Jualan (POS) berasaskan perkomputeran awan (cloud) untuk perniagaan makanan dan minuman (F&B). 

Thursday 23 October 2014

Malaysia Antara Negara Pilihan Ekspatriat

Malaysia tersenarai dalam Top 20 bagi destinasi pilihan golongan ekspatriat, menurut kaji selidik Expat Explorer oleh HSBC Expat. Malaysia berada di kedudukan 19 manakala negera-negara ASEAN lain iaitu Singapura dan Thailand masing-masing menduduki tangga kedua dan tujuh. Ekspatriat yang ingin cabaran baru akan memilih Malaysia dengan 49 peratus daripada responden yang berpangkalan di Malaysia mengatakan ini motivasi mereka untuk berpindah ke negara ini.

Lebih separuh daripada responden menyifatkan budaya di Malaysia sebagai penarik untuk mereka dan keluarga mereka. Hampir separuh daripada ekspatriat di Malaysia berkata mereka mendapati bahasa tempatan sukar namun 56 peratus terus belajar dan cuba menggunakan bajasa tempatan. Sementara itu, Switzerland muncul sebagai destinasi pertama untuk golongan terbabit memajukan kerjaya dan menerima gaji yang tinggi.

Reasons Why Samsung GALAXY Note 4 Is The Big-Screen Phone To Buy Right Now


This may be the reason why your friends may not want to get out of your car anymore…


Friday 17 October 2014

Internet Speeds Across ASEAN


Malaysia Menang Kerusi Wakil Tidak Tetap UNSC

Malaysia memenangi pengundian negara-negara untuk menduduki kerusi wakil tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi tempoh 2015 - 2016. Malaysia sekaligus akan mewakili kumpulan Asia Pasifik sementara dua lagi negara-negara berkecuali (NAM) iaitu Angola dan Venezuela akan mewakili kumpulan Amerika Selatan dan Carribean. Malaysia mendapat 187 undi daripada keseluruhan 192 negara-negara berkenaan.

Kemenangan ini, sekaligus membuktikan pengiktirafan dunia terhadap komitmen negara dalam usaha membantu negara luar yang ditimpa bencana atau perkara seumpamanya.

Jadual Separuh Akhir Piala Malaysia 2014


Thursday 16 October 2014

Penyelidik USM Cipta Alat Penjimatan Minyak

Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta alat penjimatan minyak petrol dan diesel yang mampu mengurangkan penggunaan bahan api itu sehingga 45 peratus. Ketua Penyelidik dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik USM, Prof Madya Dr Soib Taib berkata, rekaan produk itu berasaskan proses elektrolisis yang dihubung terus ke dalam enjin kereta untuk pembakaran lebih sempurna.

Penyelidikan untuk menghasilkan alat yang dikenali sebagai bahan api kapasitor itu mengambil 1o bulan untuk disiapkan dengan dibiayai oleh geran penyelidikan berjumlah RM40,000. Penggunaan alat itu bagi perjalanan 20,000 KM setahun dianggarkan dapat menjimatkan perbelanjaan sehingga RM1,300 berdasarkan harga minyak semasa.

Alat ini sesuai dipasang pada lori, kereta dan motosikal dengan kos RM350.00 dan jangka hayatnya boleh bertahan sehingga 3 tahun. 


Show us your Best Food Photo and snap your way to an iPhone 6


Tuesday 14 October 2014

Melukis Lukisan Menggunakan Kanta Pembesar.

Mang-osan, seorang seniman berasal dari Cordilleras, Filipina menggunakan kanta pembesar untuk mengukir lukisan indah di permukaan kayu.

Trek Atas Bumbung

Sebuah sekolah rendah di Tintai, Wilayah Zhenjiang, China terpaksa membina trek olahraga di atas bumbung kerana kekurangan tanah di sekitar sekolah itu. Guru Besar sekolah tersebut, Qiu Tiangguo berkata, pembinaan trek 200 meter itu adalah untuk memenuhi keperluan 1,600 pelajar untuk pendidikan jasmani lapor Daily Mail.

#IceAgeAdventure2014! Book your tickets now!



Aeromobil 3.0 (kereta terbang) akan dilancarkan pada 29 Oktober


Monday 13 October 2014

Penggiat industri televisyen gerak kempen Switch Off'14

Wakil Penggiat industri televisyen negara berhasrat untuk menghantar satu memorandum kepada kerajaan khususnya Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Menggelarkan kempen mereka sebagai Switch Off 14, memorandum tersebut terkandung 11 perkara yang bertujuan untuk menyampaikan peringatan dan pesanan tegas berkaitan perfileman dan televisyen agar diberikan perhaian oleh pihak kerajaan. 


Friday 10 October 2014

Permohonan tubuh Bank Islamik Mega

CIMB Group Holding Berhad (CIMB Group), RHB Capital Berhad (RHB Capital) dan Malaysia Building Society Berhad (MBSB) mengumumkan permohonan sudah dibuat kepada Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan kebenaran bagi cadangan penggabungan tiga hala membentuk kuasa kewangan Asean dan Bank Islamik Mega.


Pembentangan Bajet 2015


Thursday 9 October 2014

LETUPAN: 14 cedera dalam letupan bom di Bukit Bintang


Kuala Lumpur (9/10/14) : Seramai 14 orang, seorang dikatakan parah, dalam insiden letupan bom di sebuah kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur kira-kira 4:30 pagi tadi. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa mengesahkan kejadian tersebut. 


Beberapa buah kenderaan di tempat kejadian, termasuk kenderaan mewah, turut mengalami kerosakan akibat letupan bom berkenaan. Letupan dipercayai daripada dua bom yang dilemparkan ke tempat kejadian dari aras dua bangunan berdekatan. Pihak polis masih menyiasat motif kejadian.





Tuesday 7 October 2014

P.Ramlee The Musical Musim Ke-3

Sila dapatkan tiket anda di Kaunter tiker Istana Budaya dan 
dipersembahkan sehingga 12 Oktober 2014.

[PENTING] Google Street View Ancam Privasi Orang Awam: Bagaimana cara atasinya?


Baru-baru ini dilaporkan Google Street View kini sudah memetakan 90% jalan-jalan awam di Semenanjung Malaysia.

Sekiranya anda menemui imej peribadi dan nombor pendaftaran kenderaan milik anda yang tidak dikaburkan apakah yang boleh anda lakukan? Ikuti langkah-langkah berikut untuk mengarahkan Google untuk memadamkannya bagi pihak anda :

  • Buka laman Google Maps. Taip alamat atau taman rumah anda di kotak carian.
  • Tarik dan letakkan logo Pegman (watak kuning Street View) untuk mengakses fungsi Street View.
  • Cari gambar yang ingin anda kaburkan.
  • Pada bahagian bawah sebelah kanan anda akan menemui butang Report Inappropriate Street View dan tekan butang Submit.
  • Pihak Google kini akan memproses permintaan anda. Sekiranya alamat email disertakan, pihak Google juga akan menghantar mesej kepada anda selepas imej diubah mengikut kehendak anda.

Fasa baharu pencarian pesawat MH370



SYDNEY: Fasa baharu pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 bermula  dengan menggunakan sebuah kapal khas bagi pencarian dasar laut, kata agensi Australia yang mengetuai misi tersebut.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mengesahkan bahawa kapal GO Pheonix telah memulakan pencarian MH370 yang hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac. Pesawat berkenaan membawa seramai 239 orang.


“Kapal GO Phoenix yang dilengkapi peralatan dan kepakaran daripada Pheonix International telah tiba di kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi dan sudahpun memulakan operasi pencarian dasar laut,” kata jurucakapnya. Australia sejak awal terlibat dalam mengetuai misi pencarian pesawat tersebut, yang dipercayai telah terhempas di selatan Lautan Hindi  selepas laluan perjalanan yang tersasar secara misteri.


Walaupun pelbagai usaha mengesan pesawat MH370 dilakukan dari udara dan di laut, dan di beberapa lokasi dasar laut, masih tiada tanda positif mengenai penemuan pesawat Boeing 777-200 tersebut. Dalam perkembangan terkini, GO Phoenix akan menghantar sistem sonar sofistikated  ke kedalaman 6,000 meter di bawah paras laut.







OPS SAR CB204


Wednesday 1 October 2014

Buru Rekod Raul


Jakim sahkan 4 Oktober Hari Arafah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan hasil cerapan hilal (penentuan awal bulan) yang dibuat Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura (Mabims) mendapati 9 Zulhijjah jatuh pada 4 Oktober 2014.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, perbezaan hari dan waktu antara Malaysia dan Arab Saudi menyebabkan timbul kekeliruan berhubung kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia dan pelaksanaan puasa sunat Arafah.


WAJAH-WAJAH PENGGODAM ATM YANG MENCURI HAMPIR RM3 JUTA YANG SEDANG DIBURU POLIS.




Pihak polis telah mengeluarkan gambar beberapa suspek yang telah menggodam dan mengeluarkan wang tunai dari ATM di cawangan yang dimiliki oleh Affin Bank, Al Rajhi Bank dan Bank Islam.

Semalam, Polis Bukit Aman berjanji untuk membawa penggodam-penggodam yang telah mencuri kira-kira RM 3 juta dari ATM di tiga buah negeri di negara ini ke muka pengadilan.

Polis berkata, suspek telah menggodam mesin ATM dengan memasukkan sebuah cakera padat kedalam CD-ROM yang terdapat pada mesin ATM itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata, siasatan awal terhadap kegiatan itu mendapati mereka menggodam mesin ATM dengan memasukkan CD yang mengandungi virus 'ulssm.exe'. 

Penjenayah kemudiaannya akan mengeluarkan kesemua duit dari mesin ATM dengan memasukkan kod-kod tertentu, dipercayai dihantar oleh rakannya melalui telefon.

"PDRM sangat komited dalam menangani jenayah ini hingga ke akar umbi bagi memastikan keyakinan orang awam terhadap instituisi perbankan".

Selain itu, dia juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai jenayah itu untuk membantu polis dalam siasatan dengan menghubungai SAC Kamaruddin di 019-6000135 atau 03-2616839", kata Datuk Seri Mortadza.