Kerajaan Negeri Terengganu mengarahkan semua pasaraya di negeri itu ditutup pada hari Jumaat mulai 12.30 tengahari hingga 2.30 petang mulai Januari tahun depan. Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak umat Islam terutama golongan muda tidak menunaikan solat Jumaat dengan melepak di premis berkenaan.
No comments:
Post a Comment