Permodalan Nasional Berhad (PNB) menerusi Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014. Peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM10.16 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 10.8 peratus berbanding dengan RM9.17 bilion yang dibayar pada 2013. Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB masing-masing di Ibu Pejabat dan ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2015.
No comments:
Post a Comment