TUKAR SIM KAD ANDA SEKARANG!!!

TUKAR SIM KAD ANDA SEKARANG!!!
SILA WHATSAPP/SMS : 0179519132

https://my.toluna.com/

https://my.toluna.com/
TINJAUAN YANG DIBUAT HANYA UNTUK ANDA

Friday 13 February 2015

MURSYIDUL AM PAS, DATO' BENTARA SETIA TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT MENINGGAL DUNIA

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Melaka jam 9.40 malam tadi. Allahyarham sebelum itu dibawa pulang pada 8.40 malam dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan ditemani kaum keluarga.

Terdahulu, anaknya, Nik Mohamad Abduh memaklumkan di dalam Facebook tahap kesihatan bapanya menurun selepas menjalani rawatan ulser, semalam. Sementara itu, orang ramai yang turut berada di pekarangan kediaman Allahyarham mengalirkan air mata sebaik dimaklumkan perkara itu.

Pemergian Allahyarham pada malam Jumaat dalam suasana cukup tenang selepas hampir sebulan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM. Sementara itu, Nik Abduh mengesahkan bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi seluruh kaum keluarga pada jam 9.40 malam selepas sejam dibawa pulang dari HUSM.





No comments:

Post a Comment