TUKAR SIM KAD ANDA SEKARANG!!!

TUKAR SIM KAD ANDA SEKARANG!!!
SILA WHATSAPP/SMS : 0179519132

https://my.toluna.com/

https://my.toluna.com/
TINJAUAN YANG DIBUAT HANYA UNTUK ANDA

Wednesday 28 January 2015

Bank Dunia buka pejabat di Kuala Lumpur

Kumpulan Bank Dunia akan membuka pejabat perkongsian pengetahuan dan penyelidikan di Kuala Lumpur yang dijangka beroperasi dalam tempoh beberapa bulan lagi. Pejabat berkenaan akan dibuka di bangunan Sasana Kijang terletak bertentangan Memorial Tunku Abdul Rahman Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur dan hanya 1.2 kilometer dari bangunan utama Bank Negara Malaysia (BNM).

Pembukaan pejabat yang menggabungkan kepakaran operasi dan penyelidikan itu membolehkan Bank Dunia berkongsi pengalaman kejayaan pembangunan Malaysia dengan negara lain seluruh dunia yang berusaha keluar daripada kemiskinan kepada kemakmuran.

Ia juga membolehkan Malaysia memanfaatkan kepakaran serta pengalaman Bank Dunia bagi mentransformasi negara ke arah ekonomi maju dan berpendapatan tinggi. Naib Presiden Bagi Asia Timur Bank Dunia, Axel van Trotsenburg berkata, pendekatan itu satu perkongsian dinamik selain mampu meningkatkan keupayaan Bank Dunia untuk kekal sebagai sumber penyelesaian inovatif untuk membantu negara mencapai apa yang dimiliki Malaysia.

“Antara beberapa bidang perkongsian pengetahuan yang kami lihat adalah kewangan Islam, kestabilan kewangan dan komuniti antarabangsa dengan pengalaman dimiliki Malaysia ini penting untuk kami pelajari kerana ia akan memberi manfaat yang besar kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian penubuhan pejabat berkenaan antara kerajaan Malaysia dengan Kumpulan Bank Dunia di sini, semalam.

Pada majlis itu, kerajaan diwakili Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, manakala Kumpulan Bank Dunia diwakili Axel van Trotsenburg dan Pengurus Negara Indonesia dan Singapura, Sarvesh Suri. (SUMBER : HARIAN METRO)

No comments:

Post a Comment