TUKAR SIM KAD ANDA SEKARANG!!!

TUKAR SIM KAD ANDA SEKARANG!!!
SILA WHATSAPP/SMS : 0179519132

https://my.toluna.com/

https://my.toluna.com/
TINJAUAN YANG DIBUAT HANYA UNTUK ANDA

Tuesday 7 October 2014

Fasa baharu pencarian pesawat MH370



SYDNEY: Fasa baharu pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 bermula  dengan menggunakan sebuah kapal khas bagi pencarian dasar laut, kata agensi Australia yang mengetuai misi tersebut.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mengesahkan bahawa kapal GO Pheonix telah memulakan pencarian MH370 yang hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac. Pesawat berkenaan membawa seramai 239 orang.


“Kapal GO Phoenix yang dilengkapi peralatan dan kepakaran daripada Pheonix International telah tiba di kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi dan sudahpun memulakan operasi pencarian dasar laut,” kata jurucakapnya. Australia sejak awal terlibat dalam mengetuai misi pencarian pesawat tersebut, yang dipercayai telah terhempas di selatan Lautan Hindi  selepas laluan perjalanan yang tersasar secara misteri.


Walaupun pelbagai usaha mengesan pesawat MH370 dilakukan dari udara dan di laut, dan di beberapa lokasi dasar laut, masih tiada tanda positif mengenai penemuan pesawat Boeing 777-200 tersebut. Dalam perkembangan terkini, GO Phoenix akan menghantar sistem sonar sofistikated  ke kedalaman 6,000 meter di bawah paras laut.







No comments:

Post a Comment